Back To Halal News

Apr 07, 2026 5PM

Kenangan raya McDonald’s: Menyemai ukhwah melalui program komuniti

McDonald's Malaysia meneruskan semangat memberi dan merapatkan ukhuwah melalui beberapa siri program komuniti di lokasi terpilih seluruh negara sempena sambutan Syawal tahun ini.


Berteraskan usaha berterusan sepanjang Ramadan, inisiatif itu mencerminkan komitmen berterusan untuk menyokong komuniti tempatan sambil mewujudkan kenangan manis bagi rakyat Malaysia ketika meraikan Syawal.


Sepanjang Ramadan, McDonald's Malaysia giat menjalankan pelbagai aktiviti komuniti, antaranya menyediakan moreh untuk 300 masjid dan surau di seluruh negara, mengadakan majlis berbuka puasa bersama kanak-kanak dari rumah anak yatim berhampiran, serta menyerahkan Kit Ramadan kepada keluarga dan kanak-kanak di Rumah Ronald McDonald.


McDonald's menyokong komuniti tempatan sambil mewujudkan kenangan manis bagi rakyat Malaysia ketika meraikan Syawal.


Tahun ini, McDonald's meraikan bakat muda dengan mengeluarkan Sampul Raya eksklusif yang menampilkan hasil lukisan kanak-kanak dari Rumah Ronald McDonald, menggambarkan kreativiti dan keceriaan mereka dalam setiap rekaan.


Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata, sambutan ini bukan sekadar meraikan sebuah perayaan, tetapi mencerminkan semangat kebersamaan dan saling menyokong antara satu sama lain. 


“Sejak sekian lama, ia menjadi sebahagian daripada tradisi McDonald’s untuk terus memberi kembali kepada komuniti, dari bulan Ramadan hingga ke Syawal.


Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar (empat dari kiri)


"Hari Raya adalah masanya untuk membuka pintu hati dan rumah kita, serta menghargai hubungan sesama kita yang paling bermakna. Melalui program sambutan ini, kami berharap dapat memanjangkan semangat kemesraan dan ukhwah kepada komuniti yang kami layani, bagi mencipta detik-detik kebersamaan yang mencerminkan erti Raya yang sebenar," katanya.


Sambutan yang bermula pada 3 April lalu di restoran pandu-lalu McDonald's Bandar Baru Bangi kini bergerak ke lokasi-lokasi terpilih di seluruh negara. 


Dengan dekorasi bertema perayaan yang meriah, tetamu berpeluang menyaksikan persembahan kompang, tarian joget tradisional, hiburan secara langsung, serta bergembira dengan permainan interaktif bersama maskot McDonald's, mencipta pengalaman Raya yang penuh keceriaan.


Antara aktiviti berjalan adalah persembahan nyanyian dari artis-artis tersohor negara


Sebagai penghargaan kepada komuniti, McDonald’s Malaysia menyajikan 1,000 set hidangan Foldover Ayam percuma di setiap lokasi, lengkap dengan Pai Epal dan minuman Teh Fuze, memastikan setiap tetamu dapat menikmati kegembiraan Raya dengan lebih istimewa.


Artis jemputan seperti Hael, Merqeen, SonaOne, Alyph, Dayang Nur Faizah, dan Nadeera Zaini akan menghiburkan tetamu di lokasi terpilih, sambil berinteraksi dengan peminat dan komuniti setempat. Antara yang turut memeriahkan ialah Caliph Buskers, terkenal dengan kisah perjalanan mereka yang inspiratif dan semangat komuniti yang teguh, mencerminkan komitmen McDonald’s Malaysia terhadap masyarakat.


Program sambutan Syawal ini menonjolkan komitmen McDonald’s Malaysia yang berterusan kepada komuniti di sekelilingnya. 


Berakar umbi dalam kehidupan kejiranan tempatan, setiap perayaan menjadi peluang untuk memberi kembali dan meraikan kepelbagaian budaya, dari Tahun Baru Cina hingga Deepavali. 


Tidak terhad kepada musim perayaan, McDonald’s Malaysia melaksanakan lebih 10,000 inisiatif komuniti setiap tahun di lebih 370 restoran, termasuk program bersama rumah kebajikan, sekolah, dan aktiviti komuniti lain, menegaskan usaha berterusan syarikat dalam menyantuni masyarakat di seluruh negara.





Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

08 Apr 2026

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:52

mosque
imsak

Imsak

05:52:00

fajr

Fajr

06:02:00

syuruk

Syuruk

07:09:00

dhuhr

Dhuhr

13:18:00

asr

Asr

16:25:00

maghrib

Maghrib

19:22:00

isha

Isha

20:32:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase